SARA 2025 (FASA JANUARI) : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

Photo of author

By Admin Fz

Spread the love

SARA 2025 (FASA JANUARI) : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

Kerajaan Malaysia telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan kewangan, termasuklah Sumbangan Asas Rahmah (SARA), iaitu bantuan tambahan yang disediakan untuk meringankan kos sara hidup dan memastikan keperluan asas rakyat dipenuhi.

Bilakah tarikh masuk SARA 2025? Ikuti Info lanjut disini.

SARA 2025 (FASA JANUARI)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif di bawah Program MyKasih hasil kerjasama dengan kerajaan, untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam memenuhi keperluan barangan asas.

Bantuan ini berfungsi sebagai tambahan dan lanjutan kepada program Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Ia akan disalurkan secara automatik kepada penerima STR 2025 berdasarkan data kelulusan STR 2025, serta kepada kumpulan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih, tanpa memerlukan sebarang permohonan.

Baca Juga: JAWATAN KOSONG JKM : SESI JANUARI 2025 / MINIMA SPM LAYAK MOHON

Melalui program ini, penerima boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di pasar/kedai yang berdaftar.

image

TARIKH MASUK BAYARAN SARA 2025

Pengagihan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut:

  • Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasih – Bermula Januari 2025
  • Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) (Bukan eKasih) – Bermula April 2025

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAK STATUS BANTUAN SARA 2025

Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  • Klik log masuk MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  • Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  • Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  • Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  • Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  • Klik [Semak Status].
  • Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar.
  • Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:

  • Klik log masuk MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
  • Semakan Permohonan
  • Maklumat Pembayaran
  • Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar.
  • Selesai.

JUMLAH MASUK DUIT BANTUAN SARA 2025

Kadar bantuan SARA yang akan disalurkan pada tahun 2025 adalah seperti berikut:

Kategori Penerima (Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih):

  • Isi Rumah – RM1,200 (RM100 Sebulan)
  • Warga Emas Tiada Pasangan – RM1,200 (RM100 Sebulan)
  • Bujang – RM600 (RM50 Sebulan)

Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)

  • Isi Rumah – RM900 (RM100 Sebulan)
  • Warga Emas Tiada Pasangan – RM450 (RM50 Sebulan)

KAEDAH PENYALURAN MASUK DUIT BANTUAN SARA 2025

Penyaluran bantuan bagi Semenanjung Malaysia, dan Sabah Sarawak seperti berikut:

  • Penerima daripada Semenanjung Malaysia – Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad penerima,
    dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.
  • Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan – Pengagihan melalui pengkreditan
    ke akaun bank atau penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

CONTOH BARANGAN KEPERLUAN ASAS SARA 2025

Berikut merupakan kategori barangan keperluan asas yang diluluskan:

https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-9246965374563288&output=html&h=173&slotname=5846412068&adk=2666607872&adf=2507990814&pi=t.ma~as.5846412068&w=690&abgtt=6&fwrn=4&lmt=1736227437&rafmt=11&format=690×173&url=https%3A%2F%2Fwww.ikerajaan.com%2Fbantuan-sara-2025-tarikh-masuk-fasa-januari-cek-status-layak.html&wgl=1&uach=WyJXaW5kb3dzIiwiMTAuMC4wIiwieDg2IiwiIiwiMTMxLjAuNjc3OC4yMDUiLG51bGwsMCxudWxsLCI2NCIsW1siR29vZ2xlIENocm9tZSIsIjEzMS4wLjY3NzguMjA1Il0sWyJDaHJvbWl1bSIsIjEzMS4wLjY3NzguMjA1Il0sWyJOb3RfQSBCcmFuZCIsIjI0LjAuMC4wIl1dLDBd&dt=1736227383812&bpp=1&bdt=401&idt=41&shv=r20241212&mjsv=m202501030301&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3D1839341c5c71ca95%3AT%3D1714794771%3ART%3D1736227379%3AS%3DALNI_MZ_kSRZiwP0_wm3njDDCUUvUwtxNQ&gpic=UID%3D00000e0b47d6e945%3AT%3D1714794771%3ART%3D1736227379%3AS%3DALNI_MbZ_yw6l3ut3FSjSexNn49pLFF5Tg&eo_id_str=ID%3D38b012188094499b%3AT%3D1730375411%3ART%3D1736227379%3AS%3DAA-AfjaxLF3n7YqQSJMOUkayUtUL&prev_fmts=0x0%2C690x173%2C690x173%2C980x120%2C160x600%2C160x600%2C690x280%2C300x600%2C300x600&nras=7&correlator=2550485453985&frm=20&pv=1&rplot=4&u_tz=480&u_his=4&u_h=1080&u_w=1920&u_ah=1040&u_aw=1920&u_cd=24&u_sd=1&dmc=8&adx=427&ady=5581&biw=1903&bih=919&scr_x=0&scr_y=1910&eid=31089516%2C31088249%2C95347432%2C95350015&oid=2&psts=AOrYGsnWOrvr90XYvsAQDimdL-IAciY8HC8YdOYnwLDaOHDG4CJjRXvRHypvk9w1rvgLJ6afp1c93lzD5EE8NiCIv2z6iZjuSnLjQ33QymY%2CAOrYGsn2rNAhgwYToqHJaaVu6OgWSm6VBreWPsBywds5y3tP8tD0P4zYwz9TL71-pw4QEa3pYB-odeOUyu6Dow&pvsid=3547538851697991&tmod=159563661&uas=3&nvt=1&ref=https%3A%2F%2Fwww.ikerajaan.com%2F&fc=1920&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C1920%2C0%2C1920%2C1040%2C1920%2C919&vis=1&rsz=%7C%7CeEbr%7C&abl=CS&pfx=0&fu=128&bc=31&bz=1&td=1&tdf=2&psd=W251bGwsbnVsbCxudWxsLDNd&nt=1&ifi=4&uci=a!4&btvi=9&fsb=1&dtd=53276

  • Beras / Telur / Minyak masak
  • Roti / Tepung / Biskut
  • Minuman
  • Makanan dalam tin / Mi segera / Bahan perasa
  • Produk kebersihan
  • Ubat-ubatan
  • Barangan persekolahan

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.